Bayaran Saman Trafik PDRM boleh dibuat melalui kaedah seperti berikut :-


i. Melalui Internet

  • Bayaran boleh dibuat melalui Portal seperti berikut :
  • www.myeg.com.my / www.rilek.com.my dengan menggunakan mod bayaran Kad Debit/Kad Kredit

* Semua bayaran saman akan dikenakan Caj sebanyak RM 2.00 bagi setiap satu transaksi oleh pihak pembekal perkhidmatan.

ii. Melalui Kaunter ( Mod bayaran digunakan adalah Tunai, Kad Debit dan Kredit.)

  • Kaunter Trafik COPS

    • Melalui Kaunter Trafik COPS (Computer On-line Payment System) yang ada di semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Daerah.

  • Kaunter JPJ yang terpilih

    • JPJ Johor Bharu
    • JPJ Kuantan
    • JPJ Seberang Prai Tengah (SPT)
    • JPJ Ipoh
    • JPJ Wangsa Maju, Kuala Lumpur
    • JPJ Padang Jawa, Selangor
    • JPJ Kuala Terengganu

  • Kaunter Trafik COPS di Kompleks Membeli Belah

    • TERMINAL ONE Seremban
    • PERANGIN MALL Pulau Pinang
    • QUEENSBAY MALL Pulau Pinang
    • JAYA JUSCO Ipoh
    • THE CURVE Petaling Jaya
    • IOI MALL Puchong