Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh orang ramai bagi menyemak sama ada mereka mempunyai saman ataupun tidak.


i. Melalui SMS 15888

  • Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu taip POLIS SAMAN
    atau dan hantar ke 15888
  • Contoh : POLIS SAMAN WMG6383 dan hantar ke15888
    * Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20

ii. Melalui Internet

  • Semakan boleh dibuat melalui portal-portal seperti berikut :-
  • MyEG Services - www.myeg.com.my
  • RILEK e-Services - www.rilek.com.my
  • * Semua semakan saman tidak dikenakan sebarang caj oleh pihak pembekal perkhidmatan.

iii. Melalui Kaunter Trafik COPS (Computer On-line Payment System) yang ada di :-

  • Semua Ibu Pejabat Polis Daerah
  • Kaunter JPJ yang terpilih
  • Kaunter Trafik COPS di Kompleks Membeli Belah yang terpilih.