Berita

123,193 SAMAN DIJELASKAN DALAM OP WARTA KHAS 2014

BUKIT AMAN, 7 JULAI – Sebanyak 123,193 saman telah dijelaskan di dalam Op Warta Khas 2014 yang dijalankan pada 16 hingga 27 Jun lalu berbanding operasi yang sama sebelumnya hanya 63,933 jumlah saman pada 4 Jun hingga 7 Jun lalu. 

Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, SAC Mohd Fuad Abd Latiff berkata objektif utama operasi yang dijalankan adalah mengesan individu yang memiliki waran tangkap dan pihaknya berhasil menahan seramai 16,486 individu dalam sekatan jalan raya yang dijalankan di seluruh negara.

“Waran tangkap yang berbaki 1.9 juta yang diumumkan oleh Ketua Polis Negara dalam penutupan Op Selamat 4 yang lalu, sebanyak 1,750,021 waran tangkap yang masih belum dijelaskan dan kira-kira 250,000 waran tangkap dapat diselesaikan sejak Februari hingga selesai Op Warta Khas pada 27 Jun 2014,” katanya dalam sidang media yang dijalankan di Bukit Aman pagi tadi.

Selain itu, sebanyak 4,026 saman telah dikeluarkan kepada pemandu-pemandu yang menggunakan nombor plat pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.

“Kami tetap berusaha dan akan meneruskan Op Warta secara berterusan sehingga dapat menyelesaikan baki waran tangkap yang masih ada,” tambahnya lagi.

Beliau menasihatkan orang ramai yang memiliki waran tangkap dan masih belum menjelaskannya hendaklah berbuat demikian di mana-mana kaunter trafik Ibu Pejabat Polis Daerah yang berdekatan bagi mengelakkan diri daripada ditahan pihak polis memandangkan bagi mereka yang memiliki waran tangkap rekodnya tersimpan dalam sistem COPS PDRM.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS