Berita

239 TERIMA PINGAT PERINGATAN HARI POLIS KE 207

Oleh : S/Insp. Megat Nizar & L/Kpl. Irfan Bujang

Kuala Lumpur, 18 Sept – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan menyematkan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis Dan Pingat Keberanian Polis kepada 239 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Istiadat Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis Dan Pingat Keberanian Polis itu diadakan bersempena Peringatan Hari Polis Ke 207, berlangsung di Balairung Seri Istana Negara, Kuala Lumpur.

Pengarah Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM, Senior DCP Dato’ Zubaidah Md. Ismail mendahului senarai dengan dianugerahi Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP).

Seramai 21 pegawai menerima Darjah Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP), antaranya SAC Mohamad Mat Yusof, ACP Rooslan Radzi, ACP Ghuzlan Hj. Saleh, ACP Zahari Hj. Mohd Yusoff, ACP Wan Shamsuddin Wan Hussin dan ACP Ali Ahmad.

Darjah Pahlawan Pasukan Polis (PPP), dianugerahkan kepada 59 pegawai, antaranya Superitendan (Supt) Hj. Taha Hj. Baba, Supt A. Sahak Rahmat, DSP Vignesvaran Velautham, DSP Tan Yan Thian, ASP Mazri Salleh, ASP Abd Mutalib Hashim, ASP Suzana Osman dan ASP Kamala Lydia Narayansamy.

Bagi Darjah Kesatria Pasukan Polis (KPP), pegawai yang mnerima pingat ini adalahh Insp. Gengan Ramakrishnan, Insp. Mohd Taufiq Abdullah, Insp. Abdul Majid Mohd Abd Kadir, Insp. Mohd Amir Mohamad, Insp. Ayub Othman, Insp. Ismail Rosdi, Insp. Abd Hamid Ujang, Insp. Shaheyalam Zainol Abidin, Insp. K. Elkes Kulanthaisamy dan Insp. Mazlan Abu Bakar.

Seramai 148 orang Pegawai Pangkat Rendah (PRP) pula menerima anugerah Darjah Bentara Pasukan Polis (BPP), antaranya S/Insp. Fauziah Shaari, S/Insp. Lucy Goh, S/Insp. Saadiah Abu, SM Ching Lian Yee, SM/D. Chiam Chee Ming, SM Jaafar Sidek Ismail, Sjn. Veera Tehsigen Manikam, Sjn Halimah Abbas, Kpl. Zubaidah Zulkifli dan Kpl. Mohd Fauzi Abd Majid.

Upacara pada hari ini ini turut menyaksikan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah yang berkenan mencemar duli berangkat sama hadir dalam majlis ini.

Turut hadir, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara dan Puan Sri Datin Sri Imran Ibrahim, Pengerusi PERKEP Malaysia.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.. 


Sekitar istiadat upacara pemakaian pingat pada hari ini...


Pengarah Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM, Senior DCP Dato’ Zubaidah Md. Ismail mendahului senarai dengan dianugerahi Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP).


Antara penerima-penerima pingat... 


Antara penerima-penerima pingat... 


Antara penerima-penerima pingat... 


Antara penerima-penerima pingat... 


Antara penerima-penerima pingat... 


Bacaan doa oleh Dato' Abd Aziz bin Che Yacob, Pegawai Agama Istana... 


Bacaan doa...


Datuk Paduka Maharaja Lela, Mejar Jeneral Dato' Wira Md. Tajri Alwi menghadap dan menyembah maklum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa istiadat Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis telah selamat disempurnakan...


Selesai istiadat Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis..


Selesai istiadat Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis..turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar...


Keberangkatan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong meninggalkan Balairung Seri..


Sesi bergambar...


Sesi bergambar...


Sesi bergambar...


Sesi bergambar...



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS