Berita

MALAM SEINDAH KENANGAN RAI PEGAWAI TURUS JPPPW

oleh: L/Kpl Muhammad Iqtar Bin Azmi

Bukit Aman, 23 Sept – Sempena Mesyuarat Pegawai Turus Jawatankuasa Pembangunan Pengurusan Polis Wanita(JPPPW) bagi tahun 2014 yang bakal berlangsung hari ini, sebuah majlis makan malam bertemakan Malam Seindah Kenangan telah dilangsungkan di MES Pegawai Kanan Bukit Aman semalam.

Majlis ini diadakan bagi meraikan kehadiran wakil-wakil pegawai turus JPPPW dari setiap Jabatan, Kontinjen , Briged dan formasi selain menjadi medan suaikenal dan saling bertukar pendapat seterusnya memupuk semangat setia kawan .

YDH Pengarah Jabatan Integriti & Pematuhan Standard ( JIPS), Dato’ Zubaidah Md. Ismail selaku Pengerusi JPPPW dalam ucapannya mengingatkan supaya setiap ahli memainkan peranan dalam usaha meningkatkan kredibiliti polis wanita dalam pasukan serta sentiasa bersedia untuk menggalas apa jua tugas yang bakal diamanahkan tanpa mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga.


Ketibaan YDH Pengarah Jabatan Integriti & Pematuhan Standard ( JIPS), Dato’ Zubaidah Md. Ismail selaku Pengerusi JPPPW di iringi YDH Dato' Zaleha Abdul Rahman, Timbalan Pengarah 1 (Pengangkutan/Komunikasi/Teknologi Maklumat) Jabatan Logistik. Bukit Aman


YDH Pengarah Jabatan Integriti & Pematuhan Standard ( JIPS), Dato’ Zubaidah Md. Ismail menyampaikan ucapan.





Kemeriahan sekitar majlis berlangsung...
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS