Berita

TOLAK RASUAH: PENGHARGAAN, CONTOH TELADAN KEPADA PEGAWAI POLIS YANG BERINTERGRITI

Kuala Lumpur, 15 Okt -  “Kita akan memberi penghargaan kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menunjukkan integriti yang tinggi dalam menolak rasuah yang kerana mereka ini wajar dijadikan sebagai contoh teladan kepada warga PDRM yang lain dan masyarakat seluruhnya,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar.

Berucap sempena Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman Anjuran Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) di Perkarangan Kompleks 3, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini, beliau menyentuh berkenaan Kempen Tolak Rasuah yang dilancarkan baru-baru ini di mana ianya menjadi satu daripada inisiatif PDRM meningkatkan integriti di kalangan warga PDRM.

Menurutnya, kempen ini juga membolehkan PDRM bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang dilihat penting dalam meningkatkan integriti warga pasukan seperti Institut Integriti Malaysia (IIM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), NKRA Membanteras Rasuah dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) serta lain-lain agensi yang berkaitan.

Dalam pada itu juga, perhimpunan pada hari ini telah menyaksikan sebanyak tiga kategori surat penghargaan disampaikan oleh Ketua Polis Negara di mana kategori pertama adalah Perkhidmatan Kerja Cemerlang kepada warga PDRM yang telah mencapai kejayaan dan mempamerkan mutu kerja cemerlang.

Kategori kedua adalah kategori integriti kepada warga PDRM yang menjadi contoh teladan dan berintergriti dalam perlaksanaan tugas serta kategori ketiga iaitu amalan persekitaran berkualiti (QE/5S).


Sekitar perbarisan pada hari ini.


Tabik Hormat daripada Ketua Polis Negara...


Tabik Hormat kepada Ketua Polis Negara...


Pemeriksaan perbarisan kawalan kehormatan..


Antara pegawai-pegawai kanan PDRM yang hadir...


Bacaan doa...


Bacaan doa...


Bacaan lafaz ikrar...


Bacaan lafaz ikrar...


Bacaan lafaz ikrar..


Ucapan daripada Ketua Polis Negara...


Antara penerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Negara..


Antara penerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Negara..

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS