Berita

PDRM,SPRM JALIN KERJASAMA MEMANTAPKAN INTEGRITI PASUKAN

Kuala Lumpur, 20 Okt – Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memperbaiki tindakan polis dalam gejala rasuah khususnya melalui satu Mesyuarat Panel antara PDRM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Pejabat Ketua Polis Negara, pagi tadi.

Mesyuarat itu antara lain bertujuan berkongsi pendapat dan cadangan untuk memperbaiki isu berkaitan seperti kempen kesedaran kalangan anggota PDRM, melaksanakan program pengukuhan integriti kepada warga PDRM, mengadakan Kempen Tolak Rasuah PDRM serta latihan dan bimbingan diberikan melalui perancangan yang teliti melalui sistem pembelajaran dan pemahaman berkaitan integriti di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di seluruh negara.

“Perjumpaan ini memberi banyak manfaat dalam usaha untuk memastikan tahap salah laku, salah guna kuasa dan perbuatan rasuah berada dalam keadaan ‘on check’ di setiap peringkat di dalam PDRM,” jelas Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar ketika dalam sidang media khas.

“PDRM telah mengambil banyak tindakan terhadap pelbagai isu berkaitan salah laku tetapi masih ada masalah berhubung dengan soal persepsi masyarakat khususnya terhadap PDRM”, ujar Pengerusi Panel Perunding dan Pencegahan Rasuah (PPPR) SPRM, Tan Sri Johan Jaafar.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Haji Abu Kassim Mohamed, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), SDCP Dato’ Zubaidah binti Md. Ismail, delegasi SPRM dan Pegawai Kanan Polis Bukit Aman.


Antara Delegasi SPRM yang hadir


Antara Delegasi SPRM yang hadir


Majlis Sidang Media khas Mesyuarat Panel antara PDRM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)


Antara yang hadir


Antara rakan media yang hadir


Bergambar kenangan di lobby Menara 1 Bukit Aman

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS