Berita

KIK: PENINGKATAN KUALITI SEIRING TEKNOLOGI

KIK: PENINGKATAN KUALITI SEIRING TEKNOLOGI

Putrajaya, 28 Okt - Peningkatan, penambahbaikan kualiti serta produktiviti kerja khususnya dalam aspek penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan sekaligus menjadi pengiktirafan kepada anggota yang terlibat merupakan antara objektif utama Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada kali ini.

Bertempat di Dewan Auditorium, Kompleks D Putrajaya, Konvensyen KIK yang berlangsung selama lima hari mulai semalam telah menghimpunkan 33 kumpulan daripada tujuh jabatan yang bernaung di bawah KDN.

Antara beberapa projek yang dibentangkan dalam konvensyen tersebut antaranya ialah bagaimana mengatasi masalah kelewatan dan kesilapan proses pendaftaran notis saman had laju, penambahbaikan semakan permohonan pembetulan butiran kelahiran, kesukaran melaksanakan operasi mengesan penagih dadah dan penambahbaikan sistem rekod.

Konvensyen KIK kali ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Haji Hasim Bin Haji Ismail.

GAMBAR SEPANJANG MAJLIS











PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS