Berita

144 BUAH MOTOSIKAL BANTU ATM CEGAH JENAYAH

Oleh : Kpl Edwind Indo
Foto : Kpl Edwind Indo & L/Kpl Iqbal Nasruddin


Bukit Aman, 23 Jan – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menerima sebanyak 144 buah motosikal jenis Honda Wave dalam satu majlis rasmi Penyerahan 144 Buah Motosikal Honda Wave Kepada ATM Di Bawah Program NBOS, petang tadi.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Dato’ Sri Noor Rashid Bin Ibrahim kepada Y.Bhg Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi.

YDH Timbalan Ketua Polis berkata bantuan logistik ini antara inisatif bagi meningkatkan prestasi rondaan polis dan tentera dalam usaha mencapai pengurangan kejadian pecah rumah sebanyak 5% hingga 10% setahun sekaligus mengurangkan jenayah indeks dan meningkatkan persepsi positif terhadap keselamatan dikalangan masyarakat.

‘Dalam usaha memperkasakan kerjasama ini serta penguatkuasaan yang efektif, maka keperluan logistik juga adalah perkara penting yang perlu diambil kira’

‘Justeru pada April 2014 lalu, Urusetia NBOS Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meminta PDRM menguruskan perolehan sebanyak 144 unit motosikal untuk program NBOS di bawah inisiatif ini dengan menggunakan peruntukan NBOS yang ditempatkan di Bukit Aman”, tambah YDH Timbalan Ketua Polis Negara lagi.

Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), YDH CP Dato’ Acryll Sani bin Abdullah Sani, warga PDRM serta ATM dan rakan media.


Sekitar majlis ketibaan


Sekitar majlis ketibaan


Y.Bhg Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi menandatangani Buku Pelawat


Sekitar majlis rasmi Penyerahan 144 Buah Motosikal Honda Wave Kepada ATM


Ucapan YDH Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Bin Ibrahim


Ucapan balas Y.Bhg Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi


Antara yang hadir


Antara yang hadir


YDH Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Bin Ibrahim menyampaikan Mock Key kepada Y.Bhg Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi


Majlis penyampaian cenderahati kenangan


Antara motosikal jenis Honda Wave yang diserahkan oleh PDRM kepada Angkatan Tentera Malaysia


Antara motosikal jenis Honda Wave yang diserahkan oleh PDRM kepada Angkatan Tentera Malaysia


Antara motosikal jenis Honda Wave yang diserahkan oleh PDRM kepada Angkatan Tentera Malaysia


YDH Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Bin Ibrahim menyampaikan Mock Key kepada YDH Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato' Law Hong Soon


YDH Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Bin Ibrahim menyampaikan Mock Key kepada ACP Che Mat mewakili Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Seremban


Sesi Bergambar Kenangan

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS