Berita

YAYASAN PENGAMAN MALAYSIA RINGANKAN BEBAN MANGSA BANJIR KELUARGA POLIS

Bukit Aman, 28 Jan – Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengalami musibah banjir baru-baru ini telah menerima bantuan sebanyak RM70 ribu ringgit daripada Yayasan Pengaman Malaysia.

Majlis yang berlangsung di Tingkat 31 Menara 1 Bukit Aman pagi tadi telah disempurnakan oleh bekas Ketua Polis Negara merangkap Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia, Tan Sri Norian Mai dan diterima oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Majlis turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Hussin Ismail dan Tan Sri Najib Abd Aziz merangkap Bendahari Yayasan Pengaman Malaysia.

GAMBAR SEPANJANG MAJLIS.







PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS