Berita

POLIS TEKAD KURANGKAN KADAR KEMALANGAN

POLIS TEKAD KURANGKAN KADAR KEMALANGAN

Bukit Aman, 30 Januari – “Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan lagi usaha bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya pada tahun ini” tegas Ketua Trafik Pasukan, SAC Dato’ Fuad Abdul Latiff dalam sesi bersama media di bilik mesyuarat, tingkat 21 Cawangan Trafik Bukit Aman, petang tadi.

Dalam kenyataan beliau berkenaan kejayaan Cawangan Trafik sepanjang tahun lepas, PDRM telah berjaya menurunkan kadar kemalangan sebanyak 0.2% iaitu daripada 477,204 kemalangan pada tahun 2013 kepada 476,196 pada tahun 2014 manakala penurunan kemalangan maut sebanyak 1.9% iaitu daripada 6,308 pada tahun 2013 kepada 6,187 pada tahun 2014.

Katanya, sebanyak 5.1 juta saman dikeluarkan sepanjang 2014 yang mana hanya 1.7 juta dilunaskan pengguna jalan raya

Mengulas kenyataannya itu, sejumlah besar kemalangan ini adalah berpunca daripada sikap pemandu sendiri yang terlalu mengikut perasaan dan bersikap agresif semasa memandu 

GAMBAS SIDANG MEDIA.



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS