Berita

PEMANTAPAN KUALITI INTEGRITI WARGA PDRM

Manjung, 5 Feb - Seiring dengan visi Perdana Menteri Malaysia untuk melonjakkan kualiti Perkhidmatan Awam dengan penumpuan kepada nilai integriti, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memperkenalkan Sistem Kawalan Dadah dan Displin (SKDD) sebagai medium pengawalan dan penyeliaan berkesan terhadap pegawai polis dan pegawai awam di samping peruntukan sedia ada iaitu Perintah Am Bab D, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (PPPA) 1993.

Melihat kepada budaya pelanggaran displin yang berterusan sehingga hari ini , ‘attitude working in silo’ dan semangat ‘Esprit de corp’ yang lemah menampakkan seolah-olah peraturan dan sistem yang sedia ada tidak diaplikasikan sepenuhnya oleh sebilangan warga PDRM.

Justeru itu, satu Prosedur Operasi Standard (SOP) diperlukan untuk menggariskan tugas dan tanggungjawab individu supaya nilai-nilai murni individu atau integriti individu dapat dibentuk di dalam pasukan.

Bertempat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, Perak pada 4 sehingga 6 Februari ini, Jabatan Pengurusan PDRM telah menganjurkan Bengkel Penyediaan SOP SKDD serta Kertas Kerja Tabik Hormat & Komplimen Lagu Kebangsaan di mana ianya telah disertai oleh 27 orang pegawai polis daripada wakil setiap jabatan PDRM Bukit Aman, Pulapol Kuala Lumpur dan IbuPejabat Daerah Manjung, Perak.

Taklimat pembukaan bengkel telah disampaikan oleh SAC Dato’ Hajah Rohana Binti Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Pematuhan, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) yang bertajuk 'SKDD Instrumen Keberkesanan Penyeliaan' berobjektifkan pengenalpastian masalah dan kelemahan yang terdapat dalam SKDD sedia ada.

Objektif bengkel ini adalah sebagai kajian penambahbaikan kepada SKDD sedia ada, di samping memantapkan penyeliaan di semua peringkat bagi mencegah dan menutup ruang serta peluang berlakunya penyelewengan dan salahlaku di kalangan warga PDRM.

Ia juga berperanan dalam memantapkan peranan dan tanggungjawab setiap penyelia, pegawai diselia dan pegawai pemerintah seterusnya menyemak semula kandungan e-SKDD dalam aplikasi HRMIS serta menyelesaikan masalah yang timbul untuk pelaksanaan sebagai contoh penetapan aliran kerja dalam sistem.


Taklimat disampaikan oleh SAC Dato' Hajah Siti Rohana bt Hj Ahmad, KPP Pematuhan Jips bertajuk 'SKDD Instrumen Keberkesanan Penyeliaan'.



Seramai 36 peserta menghadiri bengkel yang terdiri daripada wakil setiap jabatan PDRM, PULAPOL Kuala Lumpur dan IPD Manjung.


Perkara yang ditekankan dalam taklimat adalah isu penyeliaan, disiplin (sikap/tabiat), rasuah, dadah/jenayah dan salah guna kuasa yang perlu ditambahbaik dalam SOP.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS