Berita

POLIS TAHAN 11 MOTOSIKAL DALAM OPS SAMSENG JALAN RAYA DI ALOR SETAR

Alor Star, 29 Mei- Polis menahan 11 penunggang motosikal remaja berusia lingkungan 15 dan 20 tahun dalam Ops Samseng Jalan Raya di tiga lokasi sekitar Alor Setar dekat sini bermula malam tadi.

Operasi dari pukul 10 malam dan berakhir 4 pagi itu diketuai Insp Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar Insp Othman Abdullah.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata kesemua 11 motosikal remaja lelaki itu turut dirampas.

Tiga daripada yang ditahan masih bersekolah.

Hasil pemeriksaan mendapati modus operandi digunakan oleh mereka untuk memulakan perlumbaan ialah melalui mesej whatsapp," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.-BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS