Berita

KOR SUKSIS IPTA SIRI 3/2015 JALANI LATIHAN ASAS INSPEKTOR

Oleh : Kpl Edwind Indo
Penyunting : Insp. Abdul Rahim bin Othman Siru

Kuala Lumpur, 26 Julai – Lebih kurang 589 Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh malaysia akan menjalani Latihan Asas Kadet Inspektor Siri 3/2015 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur yang bermula hari ini.

Rata-rata calon-calon hadir seawal 8 pagi ditemani oleh ibu bapa dan ahli keluarga untuk memberi sokongan.

“Saya merasa amat bertuah kerana terpilih dan berazam untuk membanteras jenayah kalangan pelajar (kolej) kerana lebih memahami situasi itu”, ujar Thirushankar Tharmalingam yang berasal dari Ipoh ketika ditemu bual oleh rakan media.

Bagi pelatih terbaik akademik Kor SUKSIS Universiti Malaysia Sabah (UMS) Low Pei Yi yang berasal dari perak pula melahirkan rasa gembira kerana mencapai minat untuk menjadi seorang pegawai polis.

“Saya berharap boleh berkhidmat untuk masyarakat tanpa mengira tempat tugas yang bakal diterima kelak”, tambah beliau lagi.

Turut hadir ialah Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, SAC Zahari Mohd Yusoff, Ahli Jawatan Kuasa bahagian perjawatan Bukit Aman dan rakan-rakan media.

Sekitar pendaftaran calon pelatih Inspektor Latihan Asas Kadet Inspektor Siri 3/2015 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur

Antara ahli keluarga yang turut hadir memberi sokongan

Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, SAC Zahari Mohd Yusoff (kanan) turut hadir pendaftaran calon pelatih Inspektor Latihan Asas Kadet Inspektor Siri 3/2015 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS