Berita

1500 PESERTA JAYAKAN SENAMAN GAYA HIDUP SIHAT

1500 PESERTA JAYAKAN SENAMAN GAYA HIDUP SIHAT

Kuala Lumpur, 18 September– Seramai 1,500 peserta terdiri daripada para Pegawai Kanan, Anggota Pangkat Rendah dan pelatih Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) telah menyertai Program Senaman Gaya Hidup Sihat yang berlangsung di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur, petang tadi.

Program anjuran Jabatan Pengurusan itu dibuat bagi menyahut seruan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sentiasa mahukan setiap lapisan warganya mengamalkan gaya hidup yang sihat agar sentiasa cergas, cerdas dan tangkas dalam melaksanakan tugasan dan amanah kewajipan setiap masa.

YDH Pengarah Jabatan Pengurusan, Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah yang hadir mewakili pucuk pimpinan PDRM telah bersama-sama bersenam dengan seluruh peserta yang hadir pada hari ini sebagai acara kemuncak program tersebut.

Turut hadir dalam aktiviti tersebut adalah YDH Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), Dato' Asri Yusoff, YDH Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Dato' Ruslan Hassan serta pucuk pimpinan PULAPOL Kuala Lumpur.


Ketibaan YDH Pengarah Jabatan Pengurusan, Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah.

Ketibaan YDH Pengarah Jabatan Pengurusan, Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah






Sekitar program berlangsung...

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS