Berita

DUA REMAJA MAUT SELEPAS MOTOSIKAL DIREMPUH TRELER

Baling, 27 April- Dua remaja maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggang mereka dilanggar sebuah treler di Km31 Jalan Sungai Petani-Baling, semalam.

Ketua Polis Daerah Baling, Supt Syariffuddin Yusof berkata dalam kejadian pukul 5 petang itu, treler berkenaan dilaporkan mengelak daripada sebuah bas yang berhenti secara mengejut untuk mengambil penumpang.

"Mangsa yang maut di tempat kejadian itu dikenali sebagai Muhammad Syukri Bin Razali (penunggang) 17, dan Nik Amirun Ikhmal Bin Nik Abd Rahim (pembonceng), 18," katanya ketika dihubungi.

Syariffuddin berkata pemandu treler G.Shurendar, 28, semasa kejadian cuba mengelak sebuah bas dari arah Baling ke Kuala Ketil sebelum merempuh motosikal berkenaan dari arah bertentangan.

Katanya mayat kedua-dua lelaki itu dihantar ke Hospital Daerah Baling.

Katanya, kes berkenaan di siasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS