Berita

SEMINAR JPPPW JANA KEPIMPINAN PEGAWAI POLIS WANITA

Oleh : Kpl Edwind Indo
Penyunting : Insp. Arisanti binti Aziz

Kuala Lumpur, 18 Mei – Kepimpinan pegawai kanan polis wanita dalam organisasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus dijana dengan memberi input berguna melalui Seminar Jawatankuasa Pembangunan Pengurusan Polis Wanita ( JPPPW ) 2016 yang berlangsung di Maktab PDRM, di sini hari ini.

Bertemakan “Pembangunan Polis Wanita Dalam Era Kepolisan Moden” mendedahkan ilmu kepimpinan kepada golongan polis wanita di peringkat individu dan organisasi agar lebih bersedia bersama barisan pemimpin PDRM dalam era transformasi ini.

Seminar yang bermula sejak semalam dan berlangsung selama tiga hari itu turut menjadi mekanisme pengumpulan idea kalangan pegawai polis wanita bagi menghasilkan penambahbaikan jawatankuasa serta pasukan PDRM khasnya.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah siri ceramah Perancangan Strategik Dalam Membangunkan Potensi Polis Wanita oleh SAC Mohd Roze Shaari, Kepimpinan Wanita Dalam Era Kepolisan Moden oleh Professior Madya Dr. Madeline Berma, Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim Universiti Kebangsaan Malaysia serta Wanita dan ‘Work Life Balance’ oleh Professior Dato’ Noor Aziah Mohd Awal, Timbalan Dekan (Student’s Affair and Alumni) Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Saya percaya bahawa seminar ini dapat membuka minda para peserta seterusnya mengkongsikannya di setiap peringkat (jabatan PDRM) dalam usaha memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan”, ujar Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) merangkap Pengerusi Jawatankuasa JPPPW, Dato’ Zaleha Abdul Rahman.

Di kemuncak seminar adalah Majlis Makan Malam bersama para peserta yang berlangsung di dewan banquet Maktab PDRM bagi sesi beramah-mesra antara satu dengan lain.

_MG_9511
Professior Madya Dr. Madeline Berma ketika sesi dialog 

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS