Berita

PERTANDINGAN GOLF SEMPENA HARI POLIS KE- 209 ERAT SILATURAHIM

Kajang, 28 Mei – Bersempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-209 tahun ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengadakan Pertandingan Golf Hari Polis Ke 209 yang bertempat di Kelab Golf Sungai Long, Kajang, Selangor, pagi tadi.

Pertandingan kali ini menampilkan mantan-mantan pemimpin tertinggi PDRM yang merupakan antara aktiviti tahunan PDRM sempena Sambutan Peringatan Hari Polis setiap tahun.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah dalam ucapannya berkata, program seperti ini mampu mengeratkan silaturahim sesama pemain terutamanya dengan para pesara polis dan ianya pasti menggamit semula nostalgia semua pemain sewaktu bertugas dalam satu pasukan suatu masa dahulu.

Beliau turut menjelaskan selain dapat membentuk sahsiah diri yang positif, menampilkan imej diri yang sentiasa cergas dan cerdas, ianya mampu menyihatkan jantung dan melancarkan peredaran darah pemain-pemain yang mengambil bahagian.

“Selain sebagai acara santai, sukan ini juga dapat membantu meningkatkan konsentrasi pemain malah ia turut membantu dalam mengurangkan stress dengan menikmati keindahan dan kehijauan alam sekitar,” tambahnya lagi.

Pertandingan pada hari ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Seri Norian Mai, mantan-mantan pengarah PDRM, pegawai-pegwai kanan PDRM serta wakil-wakil media.

5a
Sesi bergambar kenangan..

4
Sesi penyampaian cenderahati daripada Timbalan Ketua Polis Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Pertandingan Golf Hari Polis Ke-209, DCP Dato' Abdul Rahim Jaafar kepada Timbalan Ketua Polis Negara, Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim...

20
Sekitar pertandingan golf berlangsung.18a
Sekitar pertandingan golf berlangsung.

48

50

32

90
Ucapan daripada Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah.91
Sesi penyampaian cenderahati daripada Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah kepada mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Seri Norian Mai.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS