Berita

KOMUNIKASI KORPORAT PDRM BERSAMA CP PUCHONG JAYAKAN PASAR 10 SEN

Kuala Lumpur, 16 OKT 2016 – Sebagai usaha berterusan untuk menyokong program Community Policing, pihak Community Policing Puchong dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Komunikasi Korporat telah mengadakan satu program kemasyarakatan iaitu ‘Pasar 10 Sen’ bertempat di Kompleks Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pinggiran Bukit Jalil, di sini, pagi tadi.

Program yang bermula seawal jam 8 pagi itu turut melibatkan pegawai dan anggota PDRM daripada Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat), Balai Polis Bukit Jalil, wakil daripada beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta individu yang membuat sumbangan.

Antara pengisian Program 'Pasar 10 Sen' ini adalah jualan barangan keperluan terpakai yang bernilai 10 sen setiap satu serta penyampaian sumbangan berbentuk keperluan asas kepada keluarga terpilih di kawasan tersebut.

Umumnya, Program Community Policing telah dilaksanakan oleh PDRM sejak bulan Mac 2008 yang bertujuan menjalin kerjasama dengan masyarakat bagi mengenalpasti serta menangani kegiatan jenayah dan masalah sosial penduduk setempat.

Ia juga sebagai salah satu langkah awal untuk mendekati masyarakat dengan memberi keyakinan tentang kehadiran polis bersama mereka dalam usaha mencegah jenayah sekaligus memberi peluang kepada pegawai dan anggota polis untuk berinteraksi secara terus dengan masyarakat tempatan.

Hadir sama dalam program pada hari ini ialah Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Datin Asmawati Ahmad, Pengerusi Community Policing, Encik Kuan Chee Heng, Ketua Polis Balai Bukit Jalil, SI Raja Zamani Raja Zainal, pegawai-pegawai kanan dan anggota PDRM serta ahli-ahli community policing.

DSC05544
Sekitar program 'Pasar 10 Sen' berlangsung..

_MG_2876 copy
Sesi penyampaian sumbangan berbentuk keperluan asas kepada keluarga terpilih..

_MG_2569 copyAnggota-anggota Komunikasi Korporat PDRM bersama-sama berganding bahu bagi menjayakan program 'Pasar 10 Sen'..

_MG_2908 copy
Ketua Komunikasi Korporat, ACP Datin Asmawati Ahmad menyampaikan kata-kata aluan..


Pegawai-pegawai kanan Urus Setia Komunikasi Korporat membantu menyusun barangan terpakai semasa program Pasar 10 Sen berlangsung...

_MG_2925 copy
Pengerusi Community Policing Puchong, Encik Kuan Chee Heng Menyampaikan ucapan..

DSC05557
Selingan nyanyian turut dipersembahkan oleh anggota-anggota Urus Setia Komunikasi Korporat PDRM untuk memeriahkan lagi program Pasar 10 Sen..

_MG_2664 copy
Makanan ringan turut dijual dengan harga 10 sen sepanjang program berlangsung...
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS