Berita

PDRM PERLUAS PERPUSTAKAAN BESTARI DI PULAPOL KL

Oleh : Kpl Edwind Indo
Penyunting : Inst. Nithia A/P Perumal

Kuala Lumpur, 20 Oktober 2016 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini meluaskan penggunaan era penyelidikan dan pembelajaran dalam talian melalui Perpustakaan Bestari atau ‘Samsung Smart Library’.

Objektif itu diterjemahkan melalui satu Majlis Pelancaran ‘Samsung Smart Library’ yang berlangsung di Perpustakaan Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar.

Dalam ucapannya, beliau berkata kolaborasi antara PDRM dan Samsung Malaysia Electronics itu dapat membantu meningkatkan ilmu pengetahuan warganya melalui teknologi yang disediakan.

“Kolaborasi itu merupakan kali kedua pernah dijalankan di Maktab PDRM, Cheras. Kewujudan Perpustakaan Bestari akan mempercepatkan tugas PDRM untuk membuat kajian, carian maklumat malahan dapat membantu tugas operasional polis dengan pantas tanpa terlalu merujuk kepada buku teks," tambahnya lagi.

Katanya, dengan adanya aplikasi ini dapat mempelbagaikan kemudahan pencarian ilmu dan maklumat di kalangan warga PDRM dalam usaha memperkasakan modal insan ke arah mencapai ‘World Class Policing’.

Pelancaran turut disaksikan oleh Pengarah Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd, Datuk Roh Jae Yeol.

Majlis turut dihadiri Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, Dato’ Zahari Yusoff, warga PDRM dan rakan media.

_MG_0138
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar merasmikan gimik pelancaran memotong reben


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS