Berita

PERKEP MALAYSIA LAWAT MUZIUM DAN GALERI SENI BANK NEGARA MALAYSIA

Kuala Lumpur, 26 OKT 2016 – Keterujaan warga Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia dapat dilihat apabila diberi pendedahan mempelajari sejarah mata wang dunia semasa lawatan akademik ke Muzium Dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (BNM) bertempat di Sasana Kijang Jalan Dato Onn, pagi tadi.

Program anjuran Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) tersebut dihadiri oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Dato' Imran Ibrahim, pimpinan tertinggi PERKEP Jabatan-jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), pegawai-pegawai kanan serta ahli-ahli PERKEP Bukit Aman.

Program dimulakan dengan satu taklimat ringkas serta sesi ceramah yang bertajuk ‘Penjagaan Karya Seni’ telah diberikan oleh Kurator Muzium, Puan Noreen Zulkepli dan ‘Conserverter’, Encik Dzulhijman Razali sebelum dibawa melihat keseluruhan muzium bank negara tersebut.

Selain daripada itu, warga PERKEP PDRM telah dibawa melawat ke enam buah galeri seni yang berada di tingkat tiga yang memaparkan koleksi-koleksi seni yang telah dibeli oleh Bank Negara dari Bumi Asia Tenggara yang diperoleh sejak tahun 1962.

Secara keseluruhannya, lawatan pada kali ini banyak memberi maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai kepentingan ekonomi serta kefahaman transformasi ekonomi pada masa akan datang.

Hadir sama lawatan ialah Pengerusi PERKEP JPJKK, Datin Azmah Abd Karim, Pengerusi PERKEP SUPM, Datin Raziah Zakaria, Pengerusi PERKEP JSJN, Datin Sri Bibi Zakiah Mersalam serta Timbalan-timbalan Pengerusi PERKEP Jabatan-jabatan.

IMG_4697
Sesi bergambar kenangan bersama Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Dato' Imran Ibrahim..

IMG_4704
Sesi penyampaian cenderahati..

IMG_4707
Sesi penyampaian cenderahati..

IMG_4625
Kurator Muzium, Puan Noreen Zulkepli membawa warga PERKEP Bukit Aman melawat sekitar galeri..

IMG_4621
Sekitar lawatan berlangsung..

IMG_4615
Kurator Muzium, Puan Noreen Zulkepli membawa warga PERKEP Bukit Aman melawat sekitar galeri..

IMG_4590
Sepanjang program berlangsung...

IMG_4677
Sekitar lawatan berlangsung..

IMG_4600
Kurator Muzium, Puan Noreen Zulkepli membawa warga PERKEP Bukit Aman melawat sekitar galeri..
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS