Berita

PDRM-MMS: LANCAR TAJUK BUKU ‘COFFEE TABLE’

Kuala Lumpur, 18 Nov 2016 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Syarikat Multi Mobile Solution Sdn. Bhd. (MMS) petang tadi melancarkan tajuk buku ‘Coffee Table’ PDRM "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada" di Dewan Ballroom, Hotel Seri Pacific.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim yang mewakili Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar.

Buku Coffee Table yang bakal dilancarkan dengan rasminya bersempena Hari Polis pada 25 Mac tahun depan itu bertujuan untuk menjadikannya bahan ilmiah dan koleksi ilmu dan pelajaran berbentuk 'pictoriall' yang bermanfaat serta memberi kefahaman kepada masyarakat tentang betapa pentingnya peranan polis demi menjaga keamanan dan keharmonian negara.

Berucap dalam majlis tersebut, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak syarikat MMS yang telah menerbitkan buku yang julung-julung kali buat PDRM.

"Penerbitan buku ini merupakan satu pengiktirafan kepada pihak polis yang bakal berusia 210 tahun pada sambutan Hari Polis, 25 Mac 2017 kelak," ujar beliau.

Majlis pada petang tadi turut diserikan lagi dengan jemputan khas para pelajar Tahfiz Maahad Darul Huffah, Hulu Langat, Selangor seramai 25 orang.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah, Pengerusi Syarikat MMS, Tuan Hamzah Musa, barisan Pengarah PDRM, Ketua-ketua Polis Negeri, para pegawai kanan PDRM, kakitangan Syarikat MMS serta rakan-rakan media.

_MG_5692
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim bersama Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah dan Pengerusi Syarikat MMS, Tuan Hamzah Musa di meja utama.

_MG_5723
Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim ketika menyampaikan ucapan.

_MG_5790
Gimik pelancaran Tajuk Buku ‘Coffee Table’ PDRM "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada".

_MG_5804
Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim menandatangani replika buku.

_MG_5812
Tuan Hamzah Musa menyampaikan cenderahati kepada Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS