Berita

USAH ABAIKAN ISU KESELAMATAN NEGARA - KPN

Gombak, 24 Nov 2016 – Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menggesa orang ramai terutamanya di kalangan graduan universiti supaya tidak dimanipulasi oleh pihak-pihak yang mempunyai niat dan tujuan yang buruk, lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal keselamatan negara.

Kenyataan itu disampaikan dalam syarahan beliau berkenaan topik ‘Keselamatan Negara’ yang telah berlangsung di Auditorium Utama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, pagi tadi.

Antara objektif utama penganjuran program syarahan tersebut adalah untuk memberikan kesedaran dan pengetahuan berkaitan keselamatan negara sebagai panduan agar tidak terjerumus di dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat serta mengundang ancaman kepada keselamatan negara.

Ianya juga dapat memberikan pendedahan kepada warga UIAM sendiri tentang isu-isu keselamatan yang boleh mereka jadikan panduan untuk mengelakkan mereka diperalatkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan mempunyai agenda tertentu yang mengancam keselamatan negara.

Program sebegini juga dapat dijadikan salah satu kempen oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan dengan tanggungjawab polis dalam menjaga keselamatan negara.

Hampir 700 orang warga UIAM yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar telah hadir dalam program syarahan pada hari ini.

Turut hadir, Presiden UIAM merangkap Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim, Rektor UIAM, Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha Kamarudin, Pengarah-pengarah PDRM, para Pegawa Kanan PDRM serta pengurusan tertinggi UIAM.

_MG_6117
Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar bersama  Presiden UIAM merangkap Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim sebelum program bermula.

_MG_6230
Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar ketika menyampaikan syarahan.

_MG_6177
Antara yang hadir.

_MG_6184
Antara yang hadir.
_MG_6235
Antara yang hadir.

_MG_6291
Tan Sri Dr. Rais Yatim menyampaikan cenderahati kepada Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar.

_MG_6326
Gambar kenangan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS