Berita

PESARA DAN BAKAL PESARA PEGAWAI KANAN PDRM 2016 DIRAI


Kuala Lumpur, 26 November 2016- Seramai 345 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah bersara dan akan bersara diraikan dalam majlis “Malam Mess Meraikan Pesara Dan Bakal Pesara Pegawai Kanan PDRM 2016” di Hotel Pullman Bangsar, di sini, malam tadi.

Bertemakan “A Tribute To Everlasting Fellowship”, majlis ini adalah sebagai tanda penghargaan PDRM di atas sumbangan jasa bakti mereka kepada pasukan dan negara yang telah dicurahkan selama tempoh perkhidmatan mereka.

Majlis tersebut diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim.

Dalam ucapannya, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata persaraan sudah menjadi lumrah, maka bermulalah fasa baru kehidupan di luar persekitaran biasa di mana segala tugas, tanggungjawab, rutin dan jawatan yang selama ini menjadi asam garam kehidupan seharian dilepaskan.

Dalam pada itu juga beliau menzahirkan ungkapan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan yang diraikan serta menyifatkan persaraan ini sebagai satu kehilangan besar kepada pasukan yang mana ianya bukan satu pengakhiran persahabatan sepertimana petikan ayat “Ours is an everlasting fellowship that transcend time and space. Tonight is a tribute to that special bond that has made us brothers…forever”.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Naib Yang Dipertua Mes Pegawai Kanan PDRM, CP Dato’ Acryl Sani Hj.Abdullah Sani, barisan pengarah, Ketua Polis Negeri, pegawai kanan PDRM, pesara-pesara diraikan bersama pasangan masing-masing.

Ucaptama oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar


Ucapan balas oleh wakil pesara Pegawai Kanan PDRM, Dato' Jamshah Mustapa


Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyampaikan cenderahati tanda ingatan kepada pesara dan bakal pesara Pegawai Kanan PDRM 2016


Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyampaikan cenderahati tanda ingatan kepada pesara dan bakal pesara Pegawai Kanan PDRM 2016


Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyampaikan cenderahati tanda ingatan kepada pesara dan bakal pesara Pegawai Kanan PDRM 2016 (Pengarah Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM, Dato' Jalaluddin Abdul Rahman)


Naib Yang Dipertua Mes Pegawai Kanan PDRM, CP Dato’ Acryl Sani Hj.Abdullah Sani menyampaikan cenderahati kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim

Bergambar kenangan


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS