Berita

MAJLIS BERSAMA PEMIMPIN


Kuala Lumpur, 29 November 2016 - Majlis Bersama Pemimpin sempena Seminar Ketua Polis Daerah Tahun 2016 diadakan di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini, hari ini.

Majlis ini disertai 152 Ketua-ketua Polis Daerah di seluruh negara dan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim.

Dalam ucapannya, beliau berkata Ketua-ketua Polis Daerah adalah 'frontliners' dalam perkhidmatan PDRM kepada masyarakat selain menjadi petunjuk penting dalam penilaian prestasi dan mutu perkhidmatan PDRM kepada orang ramai.

"Saya berharap tumpuan yang lebih dapat diberikan kepada operasi-operasi bersepadu, di samping meningkatkan aktiviti pencegahan jenayah seperti Omni Presence, Feet on Street, Rondaan MPV dan URB serta program-program 'Community Policing'," katanya.

Beliau berkata, sebagai pegawai yang berkuasa dan dalam kedudukan yang boleh membasmi gejala-gejala jenayah, Ketua-ketua Polis Daerah harus mengatasi 'fear of crime' di kalangan masyarakat.

Majlis turut dihadiri Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Rusli Ahmad dan Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dato' Shamsiah Mohd Sharif.


Sekitar sesi perbincangan


Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim ketika menyampaikan ucapan


Antara barisan pegawai kanan PDRM yang hadir di Majlis Bersama Pemimpin sempena Seminar Ketua Polis Daerah Tahun 2016


Sesi soal jawab


Bergambar kenangan
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS