Berita

408 PENGAWAL KESELAMATAN TAMAT LATIHAN CSG

Kuala Lumpur, 10 Disember 2016 – Seramai 408 pengawal keselamatan berjaya menamatkan latihan Certified Security Guards (CSG) Siri 38/2016 yang dikendalikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 5 Disember lalu di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur.

Program ini merupakan sebahagian inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan telah berjaya melahirkan seramai 46,089 pengawal keselamatan bertauliah sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2014 yang lalu.

Majlis Perasmian Penutupan Program Latihan CSG Siri 38/2016 pagi tadi telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha KDN, Dato’ Sri Alwi bin Ibrahim dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim yang mewakili pucuk pimpinan PDRM.

Tujuan diadakan latihan seumpama ini adalah bertujuan untuk melatih para pengawal keselamatan agar lebih professional dan membolehkan syarikat-syarikat tersebut diperbaharui lesen perniagaan mereka.

KDN turut mengumumkan bahawa bermula tahun 2017 kelak, semua pengawal keselamatan peribadi (bodyguard) akan diwajibkan untuk menjalani latihan khas dan ditauliah oleh PDRM sendiri sebelum layak menggunakan senjata api dalam tugasan harian mereka.

Ianya bertujuan untuk menjadikan pengawal peribadi agar lebih terlatih dan professional ketika bertugas serta mengawal kesemua syarikat kawalan keselamatan dalam proses penggunaan senjata api.

Turut hadir dalam majlis itu adalah para Pegawai Kanan PDRM, pegawai dari KDN dan rakan-rakan media yang membuat liputan.


Sekitar perbarisan Tamat Latihan CSG pada pagi tadi...


Tabik hormat daripada Timbalan Ketua Polis Negara...


Pentas utama..


Upacara pemeriksaan baris oleh Ketua Setiausaha KDN, Dato’ Sri Alwi bin Ibrahim...


Upacara menyematkan lambang pentauliahan tamat latihan CGS..


Upacara menyematkan lambang pentauliahan tamat latihan CGS..


Upacara memperbaharui lafaz ikrar..


Upacara memperbaharui lafaz ikrar..


Sesi bergambar kenangan...


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS