Berita

MAJLIS RAMAH MESRA PENGARAH PENGURUSAN BERSAMA KADET INSPEKTOR

Kuala Lumpur, 25 Januari 2017- Pelatih Inspektor Siri 1/2016 Pusat Latihan Polis (PULAPOL) KL hari ini berpeluang beramah mesra dengan kepimpinan Polis Diraja Diraja (PDRM) dalam Majlis After Dinner Talk Pengarah Pengurusan Bersama Pelatih Inspektor Siri 1/2016 bertempat di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, di sini, malam tadi.

Majlis ini juga bertujuan memberi peluang kepada pelatih untuk mendengar amanat daripada Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah di samping dapat mengeratkan ikatan jalinan mesra.

Dalam pada masa yang sama, secara tidak langsung ianya memberi pengajaran yang baharu kepada pelatih di atas perkongsian pengalaman daripada pegawai-pegawai kanan yang lebih berpengalaman dan berjaya dalam pasukan.

“Saya ingin mengingatkan kepada anda semua supaya sentiasa menjaga integriti sepanjang masa kerana anda adalah barisan hadapan PDRM yang mencerminkan imej pasukan di mata rakyat”, tegas beliau.

Hadir sama dalam majlis pelatih inspektor bersama pemimpin tersebut, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Dato’ Narenasagaran Thangaveloo, Komandan PULAPOL KL, SAC Shamsudin Mat, barisan pegawai kanan Jabatan Pengurusan PDRM dan PULAPOL KL.


Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah semasa ucapan beliau...


Nyanyian lagu Negaraku...


Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah semasa ucapan beliau...

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS