Berita

DYMM SULTAN JOHOR RASMI GALERI DARURAT BUKIT KEPONG

Muar, 23 Februari 2017 - Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Al-Marhum Sultan Idris Shah Al Mutawakkil Allalahi Shah telah berkenan mencemar duli merasmikan Galeri Darurat Bukit Kepong, Bandar Diraja Muar, dekat sini, pagi tadi.

Keberangkatan tiba Sultan Johor dan Permaisuri baginda telah disambut dengan penuh adat istiadat kepolisan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim dan Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dato' Sri Zulkifli Abdullah selaku Pengerusi Jawatankuasa Perasmian Galeri Darurat Bukit Kepong.

 Antara bahan-bahan sejarah yang dapat dilihat dan masih dipelihara dengan baik yang akan dapat dilihat oleh para pengunjung galeri ini adalah peninggalan peralatan-peralatan yang pernah digunakan oleh pihak komunis, profil wira-wira yang terkorban di dalam serangan tersebut dan terjemahan suasana tiga dimensi (diorama) sekitar tahun 1950an.

Hanya dengan melalui galeri inilah, PDRM dapat mengekalkan fakta yang telah berlaku suatu ketika dahulu agar ianya dapat dihayati oleh generasi muda kini serta yang akan datang sama ada di dalam pasukan polis sendiri mahupun masyarakat awam.

Galeri ini akan dibuka kepada umum bermula 24 Februari 2017 dan masuk adalah percuma. Galeri ini dibuka pada hari Selasa hingga Ahad dari jam 10 pagi sehingga 6 petang.

Terdahulu dalam majlis perasmian tersebut, Sultan Johor dan para tetamu yang hadir telah disajikan dengan persembahan pentomen pengkisahan sejarah serangan komunis ke atas Balai Bukit Kepong yang antara lainnya memaparkan semangat juang, pengorbanan dan jati diri kesemua anggota polis yang telah mempertahankan negara.

Marilah kita bertafakur sejenak dan sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang telah gugur dalam mempertahankan kedaulatan ibu pertiwi dan Sang Saka Biru.

Al-Fatihah.

10
Ketibaan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar pada Majlis Perasmian Galeri Darurat Bukit Kepong.

6
Sekitar majlis.

8
Sekitar majlis.

12
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim ketika menyampaikan ucapannya.

13
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar ketika menyampaikan ucapannya.

14
Sekitar majlis.

15
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar menandatangi plak Perasmian Galeri Darurat Bukit Kepong.


Persembahan pentomen 
DSC04764DSC04747DSC04869


3
Gambar kenangan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS