Berita

KEMAHIRAN MENEMBAK BAHAGIAN LATIHAN DIPERKASA

Kuala Lumpur, 9 Mac 2017 - Ujian Menembak Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dianjurkan oleh Bahagian Latihan, Jabatan Pengurusan dengan kerjasama Bahagian Persenjataan Bukit Aman telah diadakan di Lapang Sasar Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

Acara ini adalah bagi meningkatkan kemahiran pengendalian senjata api di samping mengukuhkan ikatan silaturahim di kalangan warga Bahagian Latihan Bukit Aman,

Setiap pegawai dan anggota di dalam PDRM telah dilatih untuk menggunakan senjata api yang terdapat di dalam pasukan mengikut kesesuaian dan keadaan tugas yang dijalankan.    

Sesi ujian melibatkan beberapa acara dan keseluruhan program menembak pada hari ini menggunakan senjata automatik jenis pistol semi automatik berkaliber 9mm sahaja.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pengurusan, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Dato’ Narenasagaran Thangaveloo, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Bahagian Latihan, Datin Shamala M Retnam, pegawai-pegawai kanan PDRM serta pimpinan-pimpinan tertinggi PERKEP Bahagian Latihan Bukit Aman.

_MG_3930
Sekitar bergambar kenangan bersama Pengarah Jabatan Pengurusan, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah..

_MG_3793
Sekitar sesi menembak berlangsung..

_MG_3864
Sekitar sesi menembak berlangsung..

_MG_3805
Antara Pimpinan tertinggi PERKEP Bahagian Latihan Bukit Aman yang hadir..

_MG_3556
Sesi taklimat diadakan sebelum ujian dimulakan..

_MG_3935
Sesi bacaan ikrar setelah selesai menembak..



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS