Berita

PDRM SIAP-SIAGA HADAPI PRU 14


Kuala Lumpur, 9 Mac 2017 – Bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 yang bakal menjelang tidak lama lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mempersiapkan warganya dengan pengetahuan undang-undang, prosedur dan pengurusan pilihan raya seperti mana edisi-edisi pilihan raya umum sebelum ini.

Bagi merealisasikan tujuan tersebut, telah diadakan Seminar Persediaan Undang - Undang Pilihan Raya yang bertempat di Kompleks Sogo, Kuala Lumpur merangkumi kursus-kursus ulangkaji, mengenal pasti bentuk penugasan pilihan raya, perspektif keselamatan, sumber manusia, logistik dan undang undang.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim dalam kenyataannya hari ini berkata, kesemua peserta telah diberikan pendedahan mengenai Undang-Undang Pilihan Raya, Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016, Public Order (Preservation Act) 1958, Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 dan Undang-undang Pencegahan.

Majlis Penutup Seminar Persediaan Undang-undang Pilihan Raya ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara dan turut dihadiri Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohmad Salleh, Setiausaha Bahagian penasihat undang- undang Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Otham Yusof, Ketua unit jenayah am dan ketenteraman awam (KUJAKA) Tuan Mohamad Abazafree Mohamad Abas dan pegawai-pegawai kanan PDRM yang lain.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohmad Salleh berucap merasmikan Seminar Persediaan Pilihanraya Umum Ke-14 yang berlangsung di Kompleks Sogo, Kuala Lumpur



Sekitar Seminar Persediaan Pilihanraya Umum Ke-14 yang berlangsung di Kompleks Sogo, Kuala Lumpur



Sekitar sesi soal jawab Seminar Persediaan Pilihanraya Umum Ke-14 di Kompleks Sogo, Kuala Lumpur



Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim ketika berucap merasmikan penutupan Seminar Persediaan Pilihanraya Umum Ke-14 di Kompleks Sogo, Kuala Lumpur



Bergambar kenangan



Bergambar kenangan



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS