Berita

BALAI POLIS MODEN DAN E-REPORTING INISIATIF BAHARU PDRM

Kuala Lumpur, 10 Mac 2017 - Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) dan Balai Polis Brickfields yang dinaik taraf menjadi balai polis moden sejak setahun lalu merupakan salah satu inisiatif menjadikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebuah organisasi bertaraf dunia 'World Class Policing'.

Kedua-dua buah balai yang terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields itu menjadi projek rintis dengan mengalami beberapa transformasi dalaman seperti penambahbaikan peranan Ketua Polis Balai, Sistem Laporan Polis (PRS), bilik gerakan, kaunter perkhidmatan serta penggunaan teknologi drone untuk mencegah jenayah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar berkata, tujuan utama PDRM mengimplementasikan balai polis moden adalah untuk mencegah jenayah dan mengembalikan semula keyakinan masyarakat terhadap pihak polis.

"Crime Index (CI) menunjukkan penurunan yang boleh dibanggakan, di mana jenayah indeks bagi Balai TTDI telah menurun sebanyak 25 peratus dan penurunan sebanyak 10 peratus bagi Balai Brickfields dari Jun sehingga Disember 2016, berbanding tempoh yang sama bagi tahun sebelumnya.

Bagi Perception Of Crime Indicator (PCI) pula, rasa takut masyarakat terhadap jenayah atau 'fear of crime' telah menurun kepada 61 peratus, dan ia adalah konsisten dengan sasaran sebanyak 72 peratus yang ditetapkan bagi tahun 2016," ujar beliau ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Porjek Rintis Bali Polis Moden di sini, petang tadi.

Dalam majlis tersebut juga, Tan Sri Khalid turut merasmikan e-Reporting PDRM yang merupakan salah satu inisiatif baharu pihak polis dalam menggalakkan masyarakat membuat laporan polis yang bukan kes jenayah menerusi atas talian.

Walau bagaimanapun, kemudahan e-Reporting PDRM ini akan dapat dinikmati sepenuhnya oleh masyarakat setempat di sekitar pentadbiran Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail bermula hari ini.

Hadir sama dalam majlis petang tadi adalah Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai, Pengarah Pengurusan PDRM, Dato' Sri Zulkifli Abdullah, Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Amar Singh Ishar Singh dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) merangkap Ketua Projek bagi Projek Rintis Balai Polis Moden, Puan Hajjah Fatimah Abdul Hamid.


_MG_3596
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar bersama Pengarah Pengurusan PDRM, Dato' Sri Zulkifli Abdullah dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Amar Singh Ishar Singh ketika pelancaran gimik perasmian penutupan.

_MG_3446
Sekitar majlis.

IMG_3244
Sekitar majlis.

IMG_3324
Sekitar majlis.

IMG_3411
Sesi lawatan ke dalam Balai Polis TTDI
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS