Berita

BRIGED TENGAH PGA ANJUR PROGRAM CSR BANTU GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN

Ampang, 8 April 2017 – Bersempena sambutan peringatan Hari Polis ke-210 pada 25 Mac lalu, inisiatif ‘Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada’ terus direalisasikan oleh seramai lebih 30 pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dari Markas Briged Tengah, Cheras dalam satu program khidmat masyarakat (CSR) di Kampung Kuala Perdek, Hulu Langat, pagi tadi.

Dalam program tersebut, pegawai dan anggota PGA Briged Tengah Cheras telah membantu membina dan membaik pulih sebuah rumah penduduk di kampung tersebut dengan menambah struktur dapur rumah terbabit.

Program yang bermula seawal lapan pagi ini telah selesai menjelang tengah hari dan turut dihadiri oleh Komander Briged Tengah PGA, SAC Adzaman Mohd Jan.

Dalam ucapannya, beliau berkata program seumpama ini akan diteruskan bagi membolehkan stigma positif di antara polis dan masyarakat akan berterusan, bukan sahaja sebagai simbolik sambutan peringatan Hari Polis yang berlangsung baru-baru ini.

“Selain tugas hakiki polis dalam menguatkuasakan undang-undang secara tegas, ada satu sisi lain polis yang masyarakat perlu tahu, iaitu nilai kemanusiaan dan kebajikan kepada golongan yang benar-benar memerlukan, dan program seperti inilah antara platform yang sesuai dalam merealisasikan tujuan tersebut,” ujar beliau.

Dalam pada itu, program pada hari ini turut dihadiri oleh Koordinator Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua, Encik Haji Mohd Zin bin Isa, Ketua Kampung Kuala Perdek Hulu Langat, Tuan Haji Raja Amran bin Raja Ahmad serta pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Hulu Langat dan Markas Briged Tengah Cheras.

IMG_6794
Komander Briged Tengah PGA, SAC Adzaman Mohd Jan bersama pemilik rumah, Encik Mohd Ridzuan Tarmizi..

IMG_6420
Sekitar aktiviti membina dan membaik pulih rumah saudara Encik Mohd Ridzuan Tarmizi oleh pegawai dan anggota Briged Tengah PGA pada hari ini..

IMG_6409
Sekitar aktiviti membina dan membaik pulih rumah saudara Encik Mohd Ridzuan Tarmizi oleh pegawai dan anggota Briged Tengah PGA pada hari ini..

IMG_6403
Sekitar aktiviti membina dan membaik pulih rumah saudara Encik Mohd Ridzuan Tarmizi oleh pegawai dan anggota Briged Tengah PGA pada hari ini..

IMG_6579
Sekitar aktiviti membina dan membaik pulih rumah saudara Encik Mohd Ridzuan Tarmizi oleh pegawai dan anggota Briged Tengah PGA pada hari ini..

IMG_6465
Sekitar aktiviti membina dan membaik pulih rumah saudara Encik Mohd Ridzuan Tarmizi oleh pegawai dan anggota Briged Tengah PGA pada hari ini..

IMG_6663
Ketibaan Komander Briged Tengah PGA, SAC Adzaman Mohd Jan..

IMG_6714
Komander Briged Tengah PGA, SAC Adzaman Mohd Jan turut membantu dalam program CSR pada hari ini.

IMG_6721
Sesi bergambar kenangan bersama..

IMG_6810
Sesi bergambar kenangan...


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS