Berita

PGU KENDALI PENERBANGAN MEDEVAC BAWA PESAKIT RENTAS LAUT CHINA SELATAN

Subang, 10 April 2017 – Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah selamat mendaratkan Pesawat King Air 350 9M PTB yang membawa seorang pesakit dari Kota Kinabalu dalam satu penerbangan ‘medical evacuation’ atau lebih dikenali dengan istilah penerbangan ‘Medevac’ di Lapangan Terbang Subang, sebentar tadi.

Pesakit tersebut, Asisten Superitendan Polis (ASP) Vyetty Thomas yang juga merupakan isteri kepada Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Polis (ACP) Chandrasehkaran Muthu telah mengalami ‘mild stroke’ dan diterbangkan ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan susulan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menurut Komander PGU, Senior Asisten Komisioner (SAC) Dato’ S. Sathiya Seelan, ini merupakan kali pertama pesawat tersebut melakukan penerbangan membawa pesakit dalam jarak yang jauh. “Meskipun dengan kelengkapan yang agak terhad, penerbangan ini berjaya mencapai matlamatnya dan kita tidak menolak kemungkinan akan melakukan penerbangan seumpama ini pada masa akan datang bergantung kepada kondisi pesakit tersebut,” ujarnya.

Tambahnya lagi, pucuk pimpinan PDRM juga telah memberi perhatian yang serius untuk menjalankan lebih banyak penerbangan seumpama ini dengan menggunakan pesawat yang lebih sesuai dan dilengkapi dengan peralatan yang lebih efisien.

Dalam pada itu, seramai tiga kru penerbangan yang diketuai oleh Superitendan Alias Abd Wahab bersama dua orang pegawai perubatan dan empat anak kapal termasuk pesakit tersebut telah berlepas dari Pangkalan PGU Sabah seawal 7.50 pagi tadi dan mendarat di Lapangan Terbang Kuching untuk pengisian bahan api sebelum meneruskan penerbangan ke Lapangan Terbang Subang.

Hadir sama semasa pelepasan pesawat di Pengkalan PGU Sabah adalah Pesuruhjaya Polis (PJP) Sabah, Dato’ Ramli Haji Din, Timbalan PJP Sabah, Dato’ Razarudin Husain @ Abd Rasid, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Turus Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah, pegawai-pegawai kanan dan anggota Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Sabah.

Setibanya di Lapangan Terbang Subang, ketibaan pesawat ini telah disambut pula oleh Komander PGU sendiri, pegawai-pegawai kanan PDRM serta kru-kru perubatan dari PPUM.

1
Pesakit, ASP Vyetty Thomas dibawa ke Pangkalan PGU Sabah sebelum diterbangkan ke Lapangan Terbang Subang..

2
Pesuruhjaya Polis (PJP) Sabah, Dato’ Ramli Haji Din (kiri) bersama suami pesakit yang juga merupakan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Chandrasehkaran Muthu (kanan)...

8
Pesuruhjaya Polis (PJP) Sabah, Dato’ Ramli Haji Din juga turut hadir semasa pelepasan membawa pesakit ke Lapangan Terbang Subang..

3
Antara yang hadir semasa pelepasan Pesawat King Air 350 9M PTB yang membawa pesakit ke Lapangan Terbang Subang...
 
 
 
4
Timbalan PJP Sabah, Dato’ Razarudin Husain @ Abd Rasid (tengah) turut hadir...

9
Pesakit, ASP Vyetty Thomas dibawa masuk ke dalam ruang pesawat.

 
 
 
5
Pesakit, ASP Vyetty Thomas dibawa masuk ke dalam ruang pesawat.

10
Komander PGU, Senior Asisten Komisioner (SAC) Dato’ S. Sathiya Seelan turut hadir menyambut ketibaan pesakit..
 
 
 
12
Pesakit, ASP Vyetty Thomas dibawa keluar dari pesawat.untuk ditempatkan dalam ambulans..

13
Pesakit, ASP Vyetty Thomas dibawa keluar dari pesawat.untuk ditempatkan dalam ambulans..

14
Pesakit, ASP Vyetty Thomas dibawa keluar dari pesawat.untuk ditempatkan dalam ambulans..

15
Pesakit, ASP Vyetty Thomas dibawa keluar dari pesawat.untuk ditempatkan dalam ambulans..




PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS