Berita

KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI MAS BERHAD DAN DUTA BESAR AS KE MALAYSIA

Bukit Aman, 14 April 2017 – Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar hari ini berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Malaysia Airlines Berhad (MAS), Tan Sri Md Nor Yusof dan Group Managing Director MAS, Mr. Peter Bellew di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.

Turut berlangsung selepas itu adalah kunjungan hormat yang diketuai oleh Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, H.E. Kamala Shirin Lakhdhir yang diiringi bersama Regional Security Officer, Mr. Brian Cummings, Mr. David C. Smith dan Mr. Michael P. Eubanks.

Kedua-dua kunjungan hormat ini bertujuan mengeratkan hubungan disamping bertukar pendapat dalam meneruskan hubungan baik kedua-dua negara terutamanya dalam aspek keselamatan serantau.

Turut hadir, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dan Ketua Perhubungan Antarabangsa, Dato’ Muhamad Anil Shah Abdullah.

_MG_0610
Pengerusi Malaysia Airlines Berhad (MAS), Tan Sri Md Nor Yusof dan Group Managing Director MAS, Mr. Peter Bellew bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar.

_MG_0605
Sekitar kunjungan hormat berlangsung..

_MG_0600
Sekitar kunjungan hormat berlangsung..

_MG_0620
Sekitar kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, H.E. Kamala Shirin Lakhdhir yang diiringi bersama Regional Security Officer, Mr. Brian Cummings, Mr. David C. Smith dan Mr. Michael P. Eubanks ke atas Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar.

DSC09721
Sesi menandatangani buku pelawat oleh Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, H.E. Kamala Shirin Lakhdhir..

_MG_0622
Sekitar kunjungan hormat berlangsung..

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS