Berita

SULTAN MUHAMMAD V TUNAI SOLAT JUMAAT DI MASJID PULAPOL

Kuala Lumpur, 21 April 2017 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V telah berkenan mencemar Duli berangkat menunaikan Solat Fardhu Jumaat di Masjid Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur, hari ini.

Keberangkatan tiba baginda Tuanku telah disambut oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Nor Rashid Ibrahim, Pengarah-pengarah PDRM dan Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, SAC Shamsudin Mat.

Solat Fardhu Jumaat bersama Sultan Muhammad V hari ini turut disertai oleh kira-kira 3,000 jemaah termasuk para pelatih Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) PULAPOL Kuala Lumpur.

Sultan Muhammad V, menggantikan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 12 Disember 2016 dan akan ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 24 April 2017 ini.

IMG_7874
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V..

IMG_7799
Ketibaan Pengarah-pengarah PDRM..

IMG_7819
Ketibaan Pengarah-pengarah PDRM..

IMG_7834
Ketibaan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Nor Rashid Ibrahim..

IMG_7858
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V..

IMG_7867
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V..

IMG_7869
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V..

IMG_7880
Sekitar solat Jumaat bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V..

IMG_7895
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V turut berkenan mencemar duli menyampaikan sumbangan kepada PDRM..

IMG_7901
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V turut berkenan bersalaman dengan para jemaah...

IMG_7936
Keberangkatan pulang baginda Tuanku setelah selesai solat Jumaat...



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS