Berita

LAWATAN AKADEMIK PELAJAR UiTM KE BUKIT AMAN

​Bukit Aman, 15 Mei 2017 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memiliki lipatan sejarah yang unik dan tersendiri tampil dengan inisiatif menyampaikan ilmu pengetahuan yang produktif kepada 29 deligasi dari Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

Sebagai pembukaan dalam sesi lawatan ini, Ketua Unit Telekomunikasi (Operasi), Bahagian Telekomunikasi Dan Sistem Maklumat, Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi (StaRT), Superintendan Ismail Rajab telah menyampaikan syarahan pembelajaran yang menjurus kepada pengurusan sistem teknologi dan telekomunikasi di dalam PDRM.

Dalam syarahan tersebut, para pelajar diberi pendedahan mengenai sistem aplikasi, penggunaan ‘Very High Frequency’ (VHF) Radio serta pelbagai lagi peralatan komunikasi yang digunakan dalam penugasan harian warga PDRM.

Rombongan diteruskan dengan lawatan ke Galeri Ketua Polis Negara (KPN) dan Muzium PDRM yang diiringi oleh Insp Kajian/Dokumentasi/Koleksi Muzium PDRM, Insp Mohd Aizuddien Baharom.

Selain itu, para pelajar turut berkesempatan mengenali barisan KPN yang terdahulu, struktur organisasi PDRM, tugas-tugas pegawai kanan dan anggota serta penerangan berkenaan setiap barangan yang dipamerkan seperti senjata-senjata lama, barangan rampasan daripada pihak Komunis serta pelbagai lagi barangan bersejarah.

Para pelajar dilihat amat menghayati serta teruja di sepanjang lawatan tersebut dan ianya diharap dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai PDRM dan penugasannya.

DSC01030 copy
Para pelajar bergambar kenangan bersama Ketua Unit Telekomunikasi (Operasi), Bahagian Telekomunikasi Dan Sistem Maklumat, Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi (StaRT), Superintendan Ismail Rajab serta warga PDRM.

DSC00960 copy
Penyampaian syarahan oleh Ketua Unit Telekomunikasi (Operasi), Bahagian Telekomunikasi Dan Sistem Maklumat, Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi (StaRT), Superintendan Ismail Rajab.

DSC01040 copy
Sepanjang lawatan ke Galeri KPN berlangsung.

DSC01124 copy
Sepanjang lawatan ke Muzium PDRM berlangsung.

DSC01012
Sesi penyampaian cenderahati.

DSC01016
Sesi penyampaian cenderahati.

DSC01020
Sesi penyampaian cenderahati.

DSC01109 copy
Sesi penyampaian cenderahati.

DSC01096 copy
Para pelajar bergambar kenangan.

DSC01171 copy
Para pelajar bergambar kenangan.

DSC01096 copy
Para pelajar bergambar kenangan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS