Berita

STING TAHAN LELAKI, RAMPAS KOKAIN BERNILAI RM1 JUTA

Kuala Lumpur, 15 Mei 2017- Seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun ditahan bersama 3.8 kilogram (kg) dadah disyaki kokain berbentuk kapsul sebanyak 215 biji dalam satu operasi yang dilakukan oleh Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) di sekitar kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang 12 Mei lalu.

Demikian menurut Timbalan Komander STING, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, SAC Arjunaidi Mohamed dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, pagi tadi yang mana Individu tersebut juga turut diupah menjadi keldai dadah oleh sindiket warganegara Nigeria.

Kejayaan operasi ini membawa kepada rampasan pelbagai jenis mata wang bernilai RM1,500 dan penahanan reman suspek selama tujuh hari sehingga 19 Mei untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam perkembangan yang sama, statistik kejayaan tangkapan dan rampasan dadah oleh JSJN bagi tempoh 1 Januari sehingaa 11 Mei 2017 telah merekodkan jumlah tangkapan seramai 69,472 orang, nilai rampasan dadah yang dianggarkan berjumlah RM95.68 juta, nilai sitaan harta berjumlah RM49.2 juta dan nilai harta yang dilucuthakan bernilai RM1.03 juta.

Menurut SAC Arjunaidi Mohamed lagi, kejayaan ini merupakan hasil kerjasama dan perkongsian maklumat risikan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Agensi Penguatkuasaan Dadah Antarabangsa dalam ikrar PDRM memerangi dadah habis-habisan di negara ini serta mengesan sindiket antarabangsa yang menggunakan khidmat keldai dadah warga tempatan.

Timbalan Komander Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) Bukit Aman, SAC Arjunaidi Mohamed ketika berucap dalam sidang media di Dewan Theatrette, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

Antara dadah yang dirampas dalam serbuan di sekitar kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang 12 Mei lalu

Sekitar sidang media berlangsung

Sekitar sidang media berlangsung

Antara rakan media yang hadir

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS