Berita

POLIS TAHAN DUA REMAJA KERANA TERLIBAT KES CURI MOTOSIKAL

Kepala Batas, 18 Mei 2017 - Polis Seberang Perai Utara (SPU) berjaya menahan dua remaja termasuk seorang pelajar kolej kemahiran yang dipercayai terlibat dalam kes curi motosikal di daerah itu Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Azmi Adam berkata, suspek pertama yang berusia 18 tahun ditahan ketika menunggu pelanggan di sebuah stesen minyak di Jalan Kulim dekat Bukit Mertajam.

Menurutnya, susulan daripada tangkapan itu, polis menahan rakannya yang berusia 16 tahun di sebuah asrama kolej di Taman Inderawasih dekat Perai.

“Polis masih mengesan seorang lagi rakan mereka yang dipercayai turut terlibat dalam kegiatan itu yang dipercayai mendapatkan pelanggan menerusi media sosial.

“Hasil tangkapan itu, polis berjaya menemukan semula empat buah motosikal dan dua rangka beserta komponen yang dileraikan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Azmi, kes itu disiasat di bawah Seksyen 379 A (1) dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil.

Sumber: Utusan Online

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS