Berita

SCIM 2017: 22 JALAN DAN DUA LEBUHRAYA DITUTUP HARI AHAD INI

Sebanyak 22 jalan dan dua lebuh raya di Kuala Lumpur akan ditutup seawal 2 pagi Ahad ini sempena Kuala Lumpur Standard Chartered International Marathon (SCIM) 2017.

Jalan terbabit ialah Jalan Raja, Jalan TAR, Sultan Ismail, Jalan Ampang, Jalan P Ramlee, Jalan Raja Chulan, Jalan Bukit Bintang, Jalan Tun Razak, Jalan Kuching, Jalan Duta, Jalan Langgak Tunku, Jalan Bukit Tunku, Jalan Tunku, Jalan Tun Ismail, Jalan Datuk Onn, Jalan Sultan Sallehudin, Jalan Parlimen, Jalan Damansara, Jalan Kinabalu, Jalan Sultan Hishamudin dan Jalan Parlimen.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Nazri Hussin berkata, lebuh raya yang ditutup adalah Lebuh Raya Bertingkat Ampang- Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

"Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak daripada menggunakan jalan berkenaan.

"Aplikasi Waze boleh digunakan untuk mereka yang mahu ke pusat bandar," katanya.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS