Berita

SAC GOH BOON KENG TERAJU BAHARU BAHAGIAN PERHUBUNGAN ANTARABANGSA BUKIT AMAN

Bukit Aman, 19 Mei 2017 – SAC Goh Boon Keng secara rasminya telah menggalas tugas sebagai Ketua Urus Perhubungan Antarabangsa Urus Setia Ketua Polis Negara, Bukit Aman menggantikan SAC Dato’ Mohamad Anil Shah yang akan mengisi kekosongan jawatan sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kontinjen Pulau Pulau Pinang.

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Perhubungan Antarabangsa telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Tingkat 30, Menara 1, Bukit Aman dan disaksikan oleh Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), DCP Dato’ Mohd Khalil Kadir Mohd.

Dalam ucapan SUPM sebentar tadi, beliau telah menzahirkan penghargaan kepada SAC Dato’ Mohamad Anil Shah sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Perhubungan Antarabangsa selama ini dan turut memberikan harapan agar penggantinya, SAC Goh Boon Keng dapat memberikan suntikan baru kepada Jabatan Perhubungan Antarabangsa.

Majlis pada hari ini turut dihadiri oleh Ketua Urusetia KPN (Pentadbiran), SAC Lim Leong Hock, pegawai-pegawai kanan, anggota-anggota serta pegawai-pegawai awam Urus Setia KPN (Pentadbiran).

_MG_1149
Upacara serah terima tugas di antara SAC Dato’ Mohamad Anil Shah dan SAC Goh Boon Keng.

_MG_1067
Bacaan doa.

_MG_1102
Sekitar upacara serah terima tugas berlangsung.

_MG_1060
Sekitar upacara serah terima tugas berlangsung.

_MG_1129
Sekitar upacara serah terima tugas berlangsung.

_MG_1086
Sekitar upacara serah terima tugas berlangsung.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS