Berita

AMAH TIDAK BERHATI PERUT, TINGGALKAN ANAK MAJIKAN YANG SAWAN DEMI UNTUK MENCURI

Shah Alam, 25 Sept. 2017 - Seorang amah meninggalkan dua anak majikan termasuk seorang yang mengidap sawan sebelum melarikan barangan berharga.

Rakaman CCTV jiran Norsafirah Baizura Mat Isa, 27, mendapati wanita berusia 34 tahun itu tergesa-gesa menaiki sebuah kereta dan membiarkan pintu pagar tidak berkunci.

Norsafirah hilang komputer riba, dua telefon bimbit, tablet dan beg tangan berjenama, keseluruhan bernilai bernilai RM11,000, lapor Harian Metro.

“Anak perempuan saya berusia enam tahun dan tiga tahun terpinga-pinga kenapa dia melarikan diri, mujur mereka tahu menutup pintu pagar,” katanya.

Usahawan kosmetik yang membuat laporan di balai polis Seksyen 9 berkata rumahnya di Seksyen 8 di sini berselerak.

Kes disiasat bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan.

Sumber: MalayMail

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS