Berita

DEMI KEADILAN MANGSA TAHFIZ, POLIS BUAT LAKONAN SEMULA KES BAKAR PUSAT ILMU TERSEBUT

Kuala Lumpur, 25 Sept. 2017 – Susulan insiden kebakaran Pusat Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan 23 orang pada awal pagi 14 September lalu, pihak polis dipercayai membawa lebih daripada seorang suspek untuk membuat lakonan semula di lokasi kejadian.

Seawal jam 2.15 petang tadi polis mula mengarahkan orang ramai yang berada di sekitar Tasik Kampung Datuk Keramat yang berhampiran pusat tahfiz itu supaya mengosongkan kawasan tanpa menyatakan tempoh larangan itu dibuat.

Pita kuning polis pula diletakkan di pintu masuk ke tasik berdekatan, termasuk di bahagian belakang dan masjid bersebelah, dekat sini.

Dianggarkan lebih 20 anggota polis ditugaskan untuk membawa suspek kejadian dan membuat lakonan semula itu di beberapa lokasi berdekatan termasuk tasik, belakang masjid dan laluan belakang pusat tahfiz berkenaan.

Petugas media juga tidak dibenarkan memasuki kawasan kejadian semasa proses lakonan semula dijalankan dan lalulintas dikawal ketat beberapa anggota polis.

Sumber: Malaysiagazette

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS