Berita

FESTIVAL KESENIAN PIALA KPN CUNGKIL BAKAT 226 PESERTA

Cheras, 28 Oktober 2017 – Penyertaan peserta dalam Festival Kesenian Piala Ketua Polis Negara (KPN) 2017 mulai 24 Oktober lalu ternyata memberangsangkan di mana penganjuran festival tersebut kali ini telah menyaksikan 25 persembahan daripada jabatan, kontinjen, briged, formasi dan pusat latihan dalam tiga kategori yang dipertandingkan.

Bertempat di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, kesemua persembahan yang melibatkan seramai 226 peserta yang telah mempamerkan bakat-bakat tersendiri sepanjang festival ini berlangsung.

Dalam pada itu, Timbalan KPN, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim telah mewakili Ketua Polis Negara bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Festival Kesenian Piala KPN 2017 pada hari ini.

Dalam ucapannya, beliau telah menzahirkan penghargaan kepada Majlis Sukan PDRM dan semua pihak yang terlibat atas kejayaan merealisasikan festival kesenian ini dan turut menyokong usaha pasukan dalam mengetengahkan bakat-bakat seni yang terpendam di kalangan warga PDRM.

Menyifatkan festival kesenian seperti ini adalah platform yang tepat untuk mencapai tujuan tersebut, PDRM akan dapat menghantar wakil untuk bertanding di Festival Kesenian Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan (MAKSAK) Malaysia 2017 yang akan diadakan pada 6 hingga 19 November 2017 ini di Kuantan, Pahang.

PDRM sebelum ini juga telah menghantar wakil ke pertandingan Festival Kesenian Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan (MAKSAK) Malaysia 2016, dan menyaksikan PDRM telah mendapat tempat ketiga dalam Kategori Tarian Rakyat serta tempat kelima dalam Kategori Nyanyian Lagu Asli Lelaki.

Menyingkap kembali berkenaan festival kesenian kali ini, ianya merupakan penjenamaan semula kepada pertandingan kesenian sebelum ini yang dikenali sebagai Battle of The Band.

Penyusunan semula konsep program telah dibuat bagi membolehkan lebih ramai peserta dapat mengambil bahagian dalam tiga kategori pertandingan iaitu kugiran, nyanyian lagu moden dan lagu asli.

0S5A6856 copy
Johan kategori kumpulan muzik moden kumpulan D'Putra (PULAPOL KL).

0S5A6848 copy
Naib johan kategori kumpulan muzik moden kumpulan D'Mach (Maktab PDRM KL).

0S5A6859 copy
Kumpulan muzik moden bergambar kenangan bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim.

0S5A6823 copy
Johan, naib johan dan tempat ketiga kategori muzik moden lelaki bergambar kenangan bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim.

0S5A6815 copy
Johan, naib johan dan tempat ketiga kategori muzik moden wanita bergambar kenangan bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim.

0S5A6794 copy
Johan, naib johan dan tempat ketiga kategori lagu asli wanita bergambar kenangan bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim.

0S5A6806 copy
Johan, naib johan dan tempat ketiga kategori lagu asli lelaki bergambar kenangan bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS