Berita

HARI KELUARGA KDN 2017 PERKASA INSTITUSI KEKELUARGAAN

Kajang, 29 Oktober 2017 – Suasana kemeriahan dan kegembiraan dalam kalangan ahli keluarga dapat dilihat dalam sepanjang Program Hari Keluarga 2017 peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) anjuran Jabatan Penjara Malaysia (JPM) di Maktab Penjara Kajang, di sini hari ini.

Program yang dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu disertai oleh pelbagai agensi di bawah naungan KDN seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Imigresen juga tidak melepaskan peluang mengambil bahagian dalam acara tahunan pada kali ini.

Pelbagai acara menarik telah dipertandingkan seperti tarik tali, sepak raga bulatan dan sukaneka kanak-kanak. Acara hari ni juga tidak ketinggalan dengan acara cabutan bertuah yang sememangnya dinanti-nantikan oleh semua yang hadir.

Melalui program ini, seluruh agensi dalam KDN dapat mewujudkan semangat kerja berpasukan serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama peserta dan ahli keluarga. Program ini juga menjadi salah satu platform bagi memantapkan institusi kekeluargaan yang sedia ada.

Turut hadir sama program tersebut adalah, Timbalan Menteri Dalam Negeri I , Dato’ Masir Kujat, Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Ketua Setiausaha KDN, Dato’ Sri Alwi Haji Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, barisan Pengarah PDRM serta warga kerja KDN.

0S4A5099
Bergambar kenangan bersama Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

0S4A5137
Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa menyaksikan persembahan.

0S4A5046
Sekitar ketibaan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

0S4A4851
Antara persembahan di Hari Keluarga KDN 2017.

0S4A4804
Antara aktiviti Hari Keluarga KDN 2017.

0S4A5362
Sekitar Program Menembak.

0S4A4630
Sekitar ketibaan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim.

0S4A4613
Bergambar kenangan.

0S4A5182
Sekitar program berlangsung.

0S4A5050
Sekitar program berlangsung.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS