Berita

BUKIT AMAN TERIMA KUNJUNGAN PELAJAR KOLEJ ANTARABANGSA CRESCENDO, ULU TIRAM, JOHOR

Kuala Lumpur, 23 November 2017 – Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada hari ini telah menerima kunjungan pelajar Jurusan Pengajian Undang-undang dari Kolej Antarabangsa Crescendo, Ulu Tiram, Johor pada hari ini.

Rombongan yang disertai oleh seramai 43 orang pelajar ini turut diketuai oleh seorang wakil pensyarah dan telah diberikan taklimat berkenaan peruntukan undang-undang Narkotik oleh ASP Perundangan Siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, ASP Haney Azita Yahaya.

Sesi taklimat kemudiannya diteruskan dengan sesi soal jawab dan diakhiri dengan sesi bergambar kenangan.

Lawatan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ini adalah salah satu tentatif program Jurusan Pengajian Undang-undang kolej tersebut di mana aturcara program ini akan diteruskan dengan lawatan ke Kompleks Parlimen Negara, Kompleks Istana Keadlian di Putrajaya dan bandar Melaka.

0R9A6360
Ketibaan para pelajar dari Kolej Antarabangsa Crescendo, Ulu Tiram, Johor...

0R9A6372
Ketibaan para pelajar dari Kolej Antarabangsa Crescendo, Ulu Tiram, Johor...

0R9A6373
Pegawai Pengacara Majlis, ASP Norhafizah Mohamad Yusak dari Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat), Bukit Aman.

0R9A6388
Para pelajar mendengar taklimat berkenaan peruntukan undang-undang Narkotik..

0R9A6402
Taklimat disampaikan oleh ASP Perundangan Siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, ASP Haney Azita Yahaya.

0R9A6415Taklimat disampaikan oleh ASP Perundangan Siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, ASP Haney Azita Yahaya.

0R9A6428
Antara sesi soal jawab bersama pelajar..

0R9A6446
Ucapan daripada wakil pensyarah, Miss Hor Khai Shin..

0R9A6458
Sesi penyampian cenderahati daripada pensyarah, Miss Hor Khai Shin yang mewakili pelajar dan Kolej Antarabangsa Crescendo, Ulu Tiram, Johor kepada ASP Haney Azita Yahaya.

0R9A6464
Sesi bergambar kenangan..

0R9A6478
Sesi bergambar kenangan..

0R9A6471
Sesi bergambar kenangan..






PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS