Berita

UJIAN MENEMBAK PISTOL JABATAN PENGURUSAN BUKIT AMAN

UJIAN MENEMBAK PISTOL JABATAN PENGURUSAN BUKIT AMAN

Cheras, 23 November  2017 - Ujian Menembak Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman dengan kerjasama Bahagian Persenjataan, Bukit Aman telah diadakan di Lapang Sasar Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras, dekat sini, bermula 20 November lalu dan dijangka berakhir esok.

Berobjektifkan untuk meningkatkan tahap kemahiran mengendalikan senjata api, acara tahunan ini turut memainkan peranan bagi mengukuhkan ikatan silaturahim sesama warga Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Sesi ujian pada kali ini telah melibatkan beberapa acara dan ianya turut menyaksikan ujian menembak dari kalangan ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan Pengurusan.

Keseluruhan program menembak pada hari ini menggunakan senjata jenis pistol Glock 19 semi automatik sahaja di mana semua pegawai dan anggota perlu melalui ujian menembak operasi.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM , CP Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), DCP Dato’ Narenasagaran Thangaveloo, Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia), DCP Dato’ Mohd Roze Shaari, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), SAC Dato’ Zaini Jass,  Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan Pengurusan PDRM, Datin Sri Noorfajariah Abdul Rahman serta warga Jabatan Pengurusan Bukit Aman.


0S7A4303
Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM , CP Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab

0S7A4305
Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), DCP Dato’ Narenasagaran Thangaveloo

0S5A0398
Sekitar Ujian Menembak.

0S5A0390
Sekitar ujian menembak
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS