Berita

PDRM LAKSANA OPERASI KHAS KEKANG KEMALANGAN MAUT LIBATKAN BAS

Kuala Lumpur, 30 November 2017 – Ekoran peningkatan jumlah kemalangan melibatkan bas, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman telah melaksanakan satu operasi khas melibatkan pengangkutan awam tersebut sejak 20 November lalu dan berakhir hari ini.

Pengarah JSPT, SAC Sharul Othman Mansor berkata, objektif operasi yang dikenali sebagai Operasi Khas Bas itu bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan maut melibatkan bas sekaligus memberikan kesedaran kepada para pemandu supaya memandu mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

"Tidak hanya bertumpu kepada pemandu semata-mata, operasi ini juga bagi memastikan para pengusaha bas mengikut spesifikasi dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa," jelas beliau dalam sidang media yang diadakan di Plaza Tol Sungai Besi sebentar tadi.

"Hasil daripada 905 operasi yang telah dijalankan di seluruh negara, sebanyak 5,692 bas telah diperiksa dan sebanyak 1,619 saman telah dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan seperti memandu melebihi had laju, tiada segi tiga keselamatan, tiada lampu brek dan lain-lain lagi.

"Dalam pada itu, ujian saringan air kencing juga telah dijalankan ke atas 2,524 pemandu dan 47 orang daripada mereka didapati positif dadah," terang beliau lagi.

Operasi tersebut turut melibatkan kerjasama bersepadu daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Suruhanjaya Pengangkutan Darat Malaysia (SPAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar.

0S4A7406
Anggota JSPT ketika membuat pemeriksaan ke atas pemandu bas.

0S4A7428
Anggota JSPT ketika membuat pemeriksaan ke atas motosikal.

0R9A6494
Anggota JSPT ketika membuat pemeriksaan ke atas motosikal.

0R9A6499
Pengarah JSPT, SAC Sharul Othman Mansor semasa sidang media beliau.

0R9A6487
Anggota JSPT ketika membuat pemeriksaan ke atas motosikal.

0R9A6492
Anggota JSPT ketika membuat pemeriksaan ke atas motosikal.

0R9A6493
Anggota JSPT ketika membuat pemeriksaan ke atas motosikal..

0R9A6496
Anggota JSPT ketika membuat pemeriksaan ke atas pemandu bas..

0R9A6505
Pengarah JSPT, SAC Sharul Othman Mansor turut membantu dalam membuat pemeriksaan.

0R9A6512
Pengarah JSPT, SAC Sharul Othman Mansor turut membantu dalam membuat pemeriksaan.

0S4A7386
Pegawai JSPT ketika membuat pemeriksaan tayar lori.

0S4A7391
Petugas-petugas SPAD turut membantu dalam operasi khas bas..






PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS