Berita

29 PEGAWAI KANAN PDRM TERIMA KENAIKAN PANGKAT

Kuala Lumpur, 27 Disember 2017 – Seramai 29 orang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dinaikkan pangkat secara rasmi dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan PDRM yang diadakan di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, sebentar tadi.

Upacara yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim itu menyaksikan Timbalan Pengarah Cawangan Khas (E1), Dato’ Mohamed Farid Abu Hassan mendahului senarai pemakaian pangkat.

Dalam pada itu, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid melahirkan ucapan tahniah kepada semua penerima kenaikan pangkat tersebut kerana ianya merupakan penghargaan serta pengiktirafan pucuk pimpinan atas segala khidmat bakti, prestasi dan komitmen mereka terhadap pasukan selama ini.

Berucap mewakili Ketua Polis Negara, beliau turut berpesan, pangkat yang diterima datangnya dari amanah dan tanggungjawab untuk terus berkhidmat dengan lebih berdedikasi, bijaksana dan berintegriti dalam usaha membawa pasukan menuju ‘World Class Policing’.

“Maka, akan bertambahlah tanggungjawab yang harus dipikul dan amanah yang bakal digalas sebagai seorang pemimpin yang boleh menjadi contoh kepada pegawai bawahan,” ujarnya.

Majlis pada hari ini turut dihadiri oleh pengarah-pengarah PDRM, pegawai-pegawai kanan, anggota serta wakil-wakil media.


Sekitar nyanyian lagu "Negaraku"..


Sekitar majlis pemakaian pangkat oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim kepada CP Dato' Mohamed Farid Abu Hassan..


Sekitar majlis pemakaian pangkat oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim kepada CP Dato' Abd Rahim Jaafar..


Sekitar pemakaian pangkat oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim kepada Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), DCP Dato' Ramli Mohamed Yoosuf..


Sekitar majlis pemakaian pangkat oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim kepada SAC Abdul Aziz Haji Salleh..


Sekitar majlis pemakaian pangkat oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim kepada SAC Mohd Azman Ahmad Sapri..


Sekitar majlis pemakaian pangkat oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim kepada ACP Kamaludin Mohamad..


Sekitar majlis pemakaian pangkat oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim kepada ACP Shahrir Daud..


Sekitar ucapan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim..


Bergambar kenangan..
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS