Berita

KES BUNUH PESARA POLIS: SUSPEK RUPANYA POSITIF DADAH

Kota Bharu, 26 Januari 2018 - Suspek dipercayai memukul pesara polis menggunakan objek tajam hingga maut di Kampung Apa-Apa, Pasir Mas semalam, positif dadah.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah, berkata ujian air kencing dilakukan terhadap suspek berusia 38 tahun itu positif dadah jenis Methamphetamine.

"Siasatan lanjut sedang dilakukan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, suspek direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret Kota Bharu, Rosli Ahmad.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari semalam, seorang pesara polis maut selepas dipercayai dipukul dengan objek keras oleh lelaki kurang siuman.

Mangsa, Ab Halim Che Yusoff, 68, ditemui dalam keadaan berlumuran darah di kawasan semak berhampiran rumah suspek.

Difahamkan, kejadian berpunca selepas mangsa menegur suspek yang bertindak membaling atap bata, batu dan kayu ke arah rumah mangsa.

Sumber: Berita Harian Online

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS