Berita

PDRM SASAR 10,000 PESERTA LARIAN SEMPENA HARI POLIS KE-211

Cheras, 26 Januari 2018 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mensasarkan seramai 10,000 rakyat Malaysia menyertai PDRM Night Run 2018 yang akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 17 Mac depan.

Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dato' Sri Abdul Ghafar Rajab merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM berkata, acara larian tersebut dianjurkan sempena Peringatan Hari Polis ke-211 yang bakal disambut pada 25 Mac ini.

“Sebanyak tiga kategori larian bakal dipertandingkan iaitu 21 kilometer (km) dengan yuran pendaftaran dikenakan adalah RM85, 10 km (RM75) dan RM65 bagi kategori 5 km kecuali pelajar, RM50.

"Walaubagaimanapun, mereka yang mendaftar sebelum 1 Februari ini akan mendapat potongan harga sebanyak RM10 untuk setiap kategori berkenaan," ujar beliau.

“Kemuncak acara berkenaan adalah sejumlah 211 hadiah untuk peserta yang bertuah dengan hadiah utama merupakan sebuah kereta jenis Proton Saga BLM 1.3,” tambah beliau.

Majlis pelancaran PDRM Night Run 2018 telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Dalam Negeri dalam satu majlis yang diadakan di Maktab PDRM Kuala Lumpur, pagi tadi.

Turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun selaku Penaung Majlis Sukan PDRM dan timbalannya, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim.

Dalam majlis tersebut juga, Tabung Majlis Sukan PDRM turut menerima sumbangan penajaan daripada YTL Corporation Sdn. Bhd., Jakel Trading Sdn. Bhd. dan SPANCO Sdn. Bhd.

Seluruh rakyat Malaysia adalah dijemput untuk turut serta mengambil bahagian dalam PDRM Night Run 2018 ini dan mungkin anda peserta bertuah memenangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan.

Ayuh! Jangan tunggu lagi, daftar sekarang di http://home.hooha.asia/PDRMNIGHTRUN2018.aspx

0S4A2863 Sekitar Majlis Pelancaran PDRM Night Run 2018
0S4A2872
Sekitar Majlis Pelancaran PDRM Night Run 2018

0S4A2929
'Flag Off' Majlis Pelancaran PDRM Night Run 2018.

0S4A2944
'Flag Off' Majlis Pelancaran PDRM Night Run 2018.

0S4A2879
Sumbangan penajaan daripada Pengarah Eksekutif YTL Corporation Sdn. Bhd., Dato' Hamidah Maktar kepada Tabung Majlis Sukan PDRM
 
 
 
 
 

0S4A2886
Sumbangan penajaan daripada Pengarah Kumpulan Jakel Trading Sdn. Bhd., Nagor Zuwairi Nagor Gani kepada Tabung Majlis Sukan PDRM

0S4A2903
Sumbangan penajaan daripada Ketua Pegawai Eksekutif SPANCO Sdn. Bhd, Dato' Hamzah Mohd Salleh.kepada Tabung Majlis Sukan PDRM

0S4A2907
Bergambar kenangan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS